Wassup'
"And pursue not that of which thou hast no knowledge; for every act of hearing, or of seeing or of feeling in the heart will be enquired into the Day of Reckoning"
[17:36]
My Hits
Cabelas Discount Coupon
Sunday, April 30, 2006
kebosanan
study study study dan study lagi
menghadap semua yang hapir sama
menyendiri
tak jumpe ramai org sgtpretty sure
diorg pun dont give a damn
siapalah aku
hakaa
buhsan
tak larat nak study
exam lg 2 ari
doakanlah aku
posted @ 12:54 PM
wasn't meant to be*
Friday, April 28, 2006
kerana ia.
17 september 2005, 0924
terjaga.bergegar.badan penat.terapung-apung.lebih 14 jam.toleh ke kiri.awan.terlihat awan.tebal.sejuk.terfikirkan kesejukan.toleh ke kanan.perempuan.kenal.baru kenal.kawan.untuk 4 tahun seterusnya.ahh...masih ada 4 tahun lagi.terus toleh ke kiri.awan lagi.awan kembali.awan tebal.putih.kosong.sekosong fikiran.apa di hadapan?suara.tiba-tiba suara.suara perempuan.faham.tapi tak faham.faham 14 jam ini akan berakhir.faham 4 tahun itu akan bermula.toleh ke kanan.perempuan tadi.perempuan tadi lagi.perempuan tadi untuk 4 tahun mendatang.
apa dihadapan?kerusi?bukan.apa dihadapan?cabaran?mungkin.dugaan.mungkin.semuanya mungkin.apa dihadapan?sudah!sudah!
bangun.berdiri.melihat sekeliling.terasa ingin menjengah ke luar tingkap.tak mahu pula.terlupa.bukan di tempat biasa.di tempat sangat luar biasa.teringat sudah.
"jaga diri baik baik.jangan tinggal solat.belajar elok elok"
masih berdiri.perempuan tadi.masih duduk.muka mencuka.atau tidak? itukah mukanya? benci.seribu kebencian.harap mampu disuruk.benci. kebencian yg dibina.bukan oleh diri.oleh perempuan itu sendiri.bermaksud? bodoh sahaja begitu.tak bermaksud? perempuan itu memang begitu?
berjalan.sangat perlahan.terkedek kedek.makhluk di depan panjang.sangat panjang.tapi tak sepanjang khayalan.tak sepanjang bayangan.ahh...tertipu.di tipu.lebih kurang rupanya.akhirnya pintu.sampai juga.kapalnya kecil sahaja.cuma orang orang berjalan lambat.lorong sempit mungkin.barangkali.tangga pula.
ahh...sesak.berasap?tidak.sejuk.ya.sejuk.sangat sejuk.hujan?ya.hujan.hujan renyai renyai.hujan.selepas hujan lebat.sejuk lagi.dan masih sejuk.oh terlupa.dada sesa.baju ketat? tidak.bahana sejuk mungkin.perempuan tadi?hampir terlupa.boleh dilupakan.tak mungkin terlupa untuk 4 tahun lagi.benci.
berjalan.berhaluan.mengikut haluan.mengikut orang.masih berjalan.sampai.sampai ke sebuah bangunan.sebuah bangunan di lapangan.mata liar.mencari cari.mencari cari bagasi.beratur.dengan perempuan tadi lagi.panggil sahaja ratu.bagus.beratur.beratur dengan ratu.
"ratu...mana bagasi?"
memandang.berderet deret.mancari.berbagai bentuk.hampir terlupa.tak terpikir apa rupa bagasi carian.biru.segi segi.seberat 27.9kg.di sinikah?bukan kata ratu.lihat.bukan untuk penerbangan antarabangsa.mencari lagi.lepas selorong selorong.terkinja kinja.akhirnya.lorong ke empat.lorong terakhir.ada.terjumpa.bagasi biru.bagasi ratu?ada juga.hanya lewat.
berbagasi.bertroli.dua troli.apa pula?tercari lagi.mencari cari.apa?siapa?siapa.lebai janggut.nama tua.mungkinkah.tercari.termanggu.lipatan kertas kecil dibuka.dibuka ratu.betul.lebai janggut yang dicari.tercari lagi.mencari cari.berbeza.bingung.semua berbeza.tutur kata.warna.bau juga.semuanya berbeza.tercari cari.batang hidung melayu.tiada.
"tunggul dan ratu?"
ya.terjumpa.terjumpa sudah.mungkinkah ini?lebai janggutkah?bukan.tentunya bukan.muka mamak.mamak juga.mungkin.barangkali.senang hati.tak kisah.nik ruskimankah.mamakkah.tak kisah.tak susah.resah tiada lagi.terlihat seseorang.melayu.gemuk.melayu gemok hitam.ahh lupakan.tidak berkenaan.
jalan lagi.ahh.malas.apa dihadapan?tahu.tidak tahu.tahu.tidak pasti.berjalan lagi.sejuk.keluar bangunan di lapangan.menuju parkey.eh...bunyi itu.bunyi itu.sama seperti bunyi di hari perbarisan polis.polis.balai polis kuala klawang.tahun 1992.aduh.darjah satu.tercari cari ibu.mana ibu?.di pentas.mungkin.mana abah?.di pentas juga.mungkin.
tersentak.mana ibu?mana abah?oh..telah ditinggalkan.tinggal di malaysia.berjalan lagi.bunyi itu masih berbunyi.bunyi paip.sambutan?disambut.terasa disambut.terharu.ibu dan ayah.rindu.rindu setelah berpisah.14 jam.ribuan batu.masih berbunyi.bertambah rindu.lupakan.si mamak berteman.ada teman.pemandu.memandu.wira merah.mewah.berkereta.tidak mewah.kereta pinjam.siapakah?si kucing.panggil saja si kucing.
ratu.ratu dahaga.mahukan air.minuman bergas.belilah.belilah sendiri.tidak.hanya dalam hati.luaran.masih sopan.benci?sedikit sedikit.beli air.duit.duit terbang.kini miskin.miskin sepound lima puluh dari sebelum.miskin.menunggu pula.menunggu si mamak.kaget.pelik.ratu dan kucing.janggal.kenal.tidak kenal.kenal.tidak mesra.masih tidak.menunggu lagi.kaget.
mamak sampai.naik wira merah.tergelak.bagasi besar.tergelak.lucu?buat buat lucu.mungkin.menjaga hati.berlakon.lagak mesra.sambutan.menyambut.menyambut orang baru.tunggul dan ratu.ketawa.kereta bergerak.keluar.tidak!suram.bandarnya suram.bangunan?mana bangunan.sabar.mungkin luar bandar.tanya kucing.tanya mamak.kucing dan mamak cerita.kucing dan mamak jawab.mamak banyak jawab.ratu banyak tanya.kucing?muka tenang.pasti otak yang berkata.mata memberitahu.pelik dan jelik.
sejuk.bandar.kuala lumpur maju.maju sedikit.bangunan tertinggi di dunia.ada dua pula.di sini?kamdar masjid india.lebih tinggi barangkali.majukah?mungkin maju dari segi lain.bukan bangunan.bukan sama sekali.sejuk lagi.hujan renyai.dalam kereta.kereta wira.wira bergerak.masih bergerak.
posted @ 11:39 PM
wasn't meant to be*
mood
dimanakah kamu
saya kehilangan kamu
aaaaa...
saya nak study
tapi saya tiada pendorong
pendorong dah tanak study
pendorong utama pulak sgt jauh dr pandangan
aaaa....
posted @ 2:55 AM
wasn't meant to be*
Monday, April 17, 2006
that kiss
lalalal
that kiss
ill remember it till i die
and now
its ok if u have to go away
i dont mind
at all
may happiness will always be with you
wut ever happen
ill remember
ill remember that kiss till i die
posted @ 10:06 AM
wasn't meant to be*