Wassup'

"And pursue not that of which thou hast no knowledge; for every act of hearing, or of seeing or of feeling in the heart will be enquired into the Day of Reckoning"


[17:36]

My Hits

free hit counter
Cabelas Discount Coupon

Monday, March 02, 2009

Misery


saya berkelakuan agak menjengkelkan kebelakangan ini. mungkin ramai yang membenci kejengkelan saya ini namun biarkanlah mereka terus membenci. tiada gunanya saya terus disukai oleh mereka. mereka langsung tidak cuba untuk mengetahui perkara yang sebenar. mereka langsung tidak bertanya walau sepatah. dan amat menyedihkan apabila mereka membuat kesimpulan yang melulu lalu mengambil keputusan untuk membenci saya. tak mengapa, saya akan kekal menjengkelkan diri saya dan biarlah mereka hanyut dengan anggapan meraka itu.

mungkin saya tidak merasai sebarang kerugian.mungkin juga ya. tapi yang saya paling pasti, mereka tidak terjejas walau sedikit pun. gelak tawa mereka semakin girang semenjak saya menjengkelkan diri. seolah olah mereka semua gembira melihat saya sebegini. mereka juga semakin jelas menjauhkan diri. tidak menyapa walau sepatah. dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memeritkan hati saya pabila mendengarnya. tapi tak mengapa. saya redha. saya memilih untuk diperlakukan sebegini.

saya tahu, dan saya amat pasti, pelbagai tohmahan dan tuduhan telah mereka lakukan di belakang saya. dan kehadiran saya disambut dengan kedinginan yang teramat sangat. mungkin mereka amat membenci saya. tapi tak mengapa. bukan kali pertama saya di benci. bukan kali pertama saya disisihkan. dan yang pasti ini bukanlah penyisihan yang paling hebat pernah saya lalui. bencilah diri ini. teruskan membenci saya dengan apa jua alasan yang anda percaya.

tentu amat seronok apabila mereka semua berkumpul dan mengeluarkan teori masing-masing tentang kejadian saya. saya tahu. saya dengar. malah saya pernah melihatnya. berseronoklah kalian. sekurang-kurangnya kalian memihak kepada sesuatu. berkumpul dan mengata tentang seseorang itu lebih menyenangkan dari di kata oleh orang-orang yang sedang berkumpul. berkumpul dan mengata itu lebih seronok dari berusaha mengetahui perkara yang sebenar. setidak-tidaknya, mereka dapat merasakan yang diri mereka itu lebih penting dan disukai dari orang yang ditohmah itu. tidak mengapa.teruskanlah. teruskanlah dengan kegembiraan yang sementara itu. dunia ini tidak statik.dunia ini berputar. begitulah jugak kehidupan. sebentar di atas sebentar pula di bawah. syukur ke hadrat Allah saya pernah merasai kedua-duanya.

sedih juga diri ini memikirkan orang-orang yang saya anggap sebagai sahabat selama ini memperlakukan saya sebegini. namun bukanlah salah mereka 100 peratus. salah saya juga kerana memilih untuk berdiam diri. namun bukan juga salah saya 100 pratus. salah mereka juga memilih untuk tidak mengetahui.

saya sudah berusia 23 tahun. beberapa hari lagi akan menjangkau 24. 24 tahun bukanlah satu tempoh yang panjang. namum dalam tempoh 24 tahun yang singkat itu saya telah mengalami suka ria dan duka. dan saya memilih untuk mengagungkan kedukaan saya kali ini sebagai ujian kepada persahabatn kita semua. terima kasih kerana pernah menjadi sahabat saya. terima kasih di atas segala pengajaran yang telah kalian berikan. terima kasih. bencilah saya. teruskan membenci. suatu hari nanti kalian akan tahu juga perkara yang sebenarnya. insyaAllah

0 comments
posted @ 11:15 PM
wasn't meant to be*



Wasn't meant to be...
MySelf

im afiq...afiq adham.born in pahang,grew up in negri sembilan and now live in terengganu.currently a biologycal sciences student in edinburgh university.wish me luck cause im now struglin in almost everything im in.

Curently

My Plans