Wassup'

"And pursue not that of which thou hast no knowledge; for every act of hearing, or of seeing or of feeling in the heart will be enquired into the Day of Reckoning"


[17:36]

My Hits

free hit counter
Cabelas Discount Coupon

Sunday, August 23, 2009

Genosid Bahasa? Neraka Apakah Itu?


Tempoh hari Penulis menerima satu pesanan ringkas dari seorang rakan. Sedang rakan Penulis asyik bersiar-siar di sekitar deretan kedai di Kuala Lumpur, beliau telah terjumpa sebuah majalah dengan tajuk utamanya “Genosid Bahasa” megah bangga terpampang di sebuah toko buku yang dilewatinya.

Agak mengelirukan bagi Penulis kerana Penulis tidak mengalami sendiri kejadian ini. Tidak diketahui samada rakan Penulis sempat membaca sedikit sebanyak isi kandungan penulisan itu dan oleh kerana itu tidaklah dapat Penulis memberi kesimpulan secara mutlak mengenai keganjilan tajuk penulisan ini. Apa yang bakal Penulis ketengahkan di sini tiada kena mengena dengan hasil tulisan tersebut, hanya sekadar apa yang terlintas di pemikiran Penulis sebaik menerima pesanan ringkas dari rakan Penulis tempoh hari.

Genosid Bahasa. Genosid (Genoside), jika dirujuk kepada Kamus Dewan atau Kamus Dwibahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bermaksud penghapusan sesuatu bangsa atau kaum dengan cara pembunuhan beramai-ramai, atau menyebabkan penghidupan menjadi amat sukar. Secara dasarnya, agak rumit untuk mengaitkan perkataan genosid ini dengan bahasa melainkan jika bahasa itu sendiri dianggap sebagai suatu makhluk yang hidup.

Walaubagaimanapun bukan ini yang menjadi permasalahannya sekarang. Jika diteliti dengan lebih mendalam, tajuk penulisan itu sendiri telah menggambarkan betapa tenatnya masalah yang dihadapi oleh bahasa ibunda kita ini, yakni Bahasa Melayu (Penulis lebih selesa menggunakan nama Bahasa Melayu berbanding Bahasa Malaysia). Kebelakangan ini banyak pihak yang lantang bersuara menentang penggunaan bahasa selain dari Bahasa Melayu dalam perlaksanaan pembelajaran di negara kita, dengan alasan ianya akan merosakkan kedaulatan Bahasa Melayu. Dan dalam masa yang sama juga ada pihak yang dengan sewenang-wenangnya me”Melayu”kan bahasa asing dengan tujuan memperkasakan Bahasa Melayu itu sendiri.

Pada pandangan peribadi Penulis, tidak salah jika sekiranya bahasa asing digunakan sebagai bahasa pengatar dalam matapelajaran tertentu. Agak mustahil untuk ianya meluputkan jati diri Bahasa Melayu dek kekerapan penggunaanya dalam kehidupan hari-hari. Sebaliknya, ini dapat sepatutnya dapat memudahkan penguasaan pelajar kerana umum telah sedia maklum penggunaan istilah-istilah bukan Melayu yang meluas dalam perkembangan ilmu-ilmu ini. Namun jika tujuan sebenar penggunaan bahasa-bahasa asing ini dalam pembelajaran adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menguasai bahasa asing tersebut, maka ianya adalah merupakan satu langkah yang kurang bijak. Bahasa seharusnya dipelajari secara khusus dan teliti dengan latihan pertuturan yang kerap dan bukannya secara sampingan melalui matapelajaran yang lain. Tiada gunanya memperjudikan perkembangan pendidikan di Malaysia untuk mengembangkan kemahiran berbahasa asing.

Apa yang lebih tenat bagi Penulis ialah kemasukkan secara mendadak perkataan-perkataan dari bahasa Ingggeris ke dalam penggunaan Bahasa Melayu dan apa yang lebih memualkan, ianya diperakui oleh pihak-pihak tertentu yang sepatutnya memainkan peranan dalam memelihara kedaulatan Bahasa Melayu. Lihat sahaja kepada tajuk penulisan di atas. Sewajarnya, kita perlu memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu dengan memperluaskan penggunaan perkataan-perkataan yang sahih akar umbi ke”Melayu”annya. Agak pelik jika penyerapan perkataan-perkataan asing ke dalam Bahasa Melayu ini dianggap sebagai usaha murni memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu. Bagi Penulis, inilah yang sebenarnya dimaksudkan dengan “Genosid Bahasa”.

Memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu tidak bermaksud untuk membolehkan semua bangsa di dunia ini memahami Bahasa Melayu. Namun jika ini adalah makna tunjangnya, maka bagi Penulis Bahasa Melayu sudah cukup perkasa. Pernah terjadi ketika Penulis masih menuntut di luar negara, seorang rakan sekelas Penulis berbangsa Poland dengan mudahnya memahami isi kandungan laporan berita akhbar atas talian berbahasa Melayu bahana pencemaran bahasa luar yang amat jelas ketara di dalam penulisan berita tersebut. Penulis keliru samada untuk berasa bangga atau malu ketika itu. Mungkin ianya Bahasa Malaysia namun tidak sekali-kali ianya adalah Bahasa Melayu.

Secara peribadinya Penulis berpendapat bahawa Bahasa Melayu hanya akan dapat diperkasakan sekiranya penggunaan perkataan-perkataan Melayu tulin dapat dikekalkan dan diperluaskan samada dalam percakapan mahupun dalam penulisan serta penerbitan. Tidak dinafikan usaha ini sememangnya sukar kerana secara dasarnya kejadian serta sejarah perkembangan Bahasa Melayu tidak berlaku sendiri malah turut kuat dipengaruhi oleh bahasa-bahasa utama dunia yang lain. Namun, pe”Melayu”an perkataan-perkataan asing yang giat dilakuan sekarang bukan sahaja sudah sememangnya jelas nyata tidak dapat memperkasakan Bahasa Melayu malah memusnahkan lagi kedaulatannya.

Di kesempatan ini Penulis ingin memohon maaf kepada Penulis asal “Genosid Bahasa” di atas pengunaan tajuk penulisan beliau dalam penulisan ini. Sekali lagi ingin Penulis tekankankan, ia tiada kena mengena dengan penulisan beliau, hanya sekadar luahan pendapat peribadi Penulis berkenaan permasalahan yang sering menghantui pemikiran ini. Penulis seharusnya berterima kasih kepada beliau kerana dengan izin Allah penulisannya telah mencetuskan ilham kepada Penulis. Penulis juga berharap untuk membaca karya tersebut di masa hadapan untuk memahami secara lebih mendalam apa yang cuba disampaikan oleh beliau.

Wassalam


Catatan: Penulis berpeluh memerah otak untuk menghasilkan penulisan ini. Sesunggguhnya amat mencabar untuk menulis dengan menggunakan 100 peratus perkataan Bahasa Melayu. Penulis juga tidak memiliki ilmu yang tingi berkenaan peraturan-peraturan tatabahasa Bahasa Melayu dan memohon maaf di atas segala kesilapan yang telah dilakukan.

0 comments
posted @ 7:23 AM
wasn't meant to be*



Wasn't meant to be...
MySelf

im afiq...afiq adham.born in pahang,grew up in negri sembilan and now live in terengganu.currently a biologycal sciences student in edinburgh university.wish me luck cause im now struglin in almost everything im in.

Curently

My Plans