Wassup'

"And pursue not that of which thou hast no knowledge; for every act of hearing, or of seeing or of feeling in the heart will be enquired into the Day of Reckoning"


[17:36]

My Hits

free hit counter
Cabelas Discount Coupon

Sunday, June 12, 2011

mimpi semalam


semalam dia datang lagi,
menjengah ke dalam ruang mimpi,
berbaju melayu kuning lembut,
lengkap bertengkolok,
berdiri sayu di tengah sebatang jalan.
wajahnya sayu,
keningnya sedikit berkerut.
dan dia berkata, "Tunggu"




0 comments
posted @ 6:46 AM
wasn't meant to be*



Monday, June 06, 2011

menjejak realiti


lama sungguh tidak menjengah ke blog sendiri, inikan pula nak menulis sesuatu. 24 jam yang dikurniakan setiap hari, sememangnya mencukupi namun telah diisi dengan agenda agenda yang lain.

membaca post post lama, pelbagai perasaan menjelma. kelakar melihat ketidakmatangan diri, sedih mengenangkan masa yang telah lalu. tapi hidup mesti diteruskan.

beberapa hari lepas, semasa meredah kesesakkan trafik dari Penang ke Kuala Lumpur, terasa diri ini seperti ditampar, dihempas bertubi, apabila mendengar kata-kata dari seorang sahabat.

sesuatu itu tidak mungkin menyakitkan seperti ini melainkan apa yang dikatakannya adalah tentang kebenaran.

diakui, sememangnya diri ini masih kukuh menjunjung memori kehidupan lampau di perantauan. bukan mudah untuk tidak berbicara tentangnya. lebih sukar apabila tidak banyak yang dilalui dalam 2 tahun selepas itu boleh dikongsikan.

apapun, semoga diri ini cekal dan tabah. walaupun perlahan, kaki kaki ini sudah mula berdicit-dicit dengan kenyataan. semoga semuanya belum terlambat

0 comments
posted @ 10:07 AM
wasn't meant to be*



Wasn't meant to be...
MySelf

im afiq...afiq adham.born in pahang,grew up in negri sembilan and now live in terengganu.currently a biologycal sciences student in edinburgh university.wish me luck cause im now struglin in almost everything im in.

Curently

My Plans